Followers

Sunday, March 20, 2011

Andainya Lelaki Tahu.................................

andainya lelaki tahu..
 apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
andainya lelaki tahu..
 apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
 itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
andainya lelaki tahu..
apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada.
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
andainya lelaki tahu..
 apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
 itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
andainya lelaki tahu..
 apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 
andainya lelaki tahu..
 sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan...perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
di sebalik air matanya,
 tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya 
biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tetapi dia punya kekuatan tersendiri 
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk membuatkan hidup anda lebih sempurna.
dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...